Monday 13 June 2011

PERKAHWINAN JARAK JAUH..........

Pasangan muda yang baru berkahwin pastinya ingin merasai nikmat perkahwinan yang diidamkan selama ini dengan melayari bahtera bersama-sama walau dalam keadaan susah mahu pun senang. Itu adalah impian setiap insan yang melayari alam rumah tangga.

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang itu juga haruslah disulam dan dibaja dengan perasaan cinta sepenuh hati kepada pasangan masing-masing supaya kebahagiaan itu kekal berpanjangan tanpa sebarang syak wasangka.

Oleh itu, dalam memastikan "masjid' yang dibina itu berkekalan, perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh pasangan ialah menetap dan tinggal bersama-sama selepas berkahwin supaya kemanisan dan juga asam garam kehidupan suami isteri dapat dipelajari.

Pada zaman dulu, kebanyakan isteri mengikut suami masing-masing walau ke mana saja, asalkan dapat bersatu sentiasa dan yang bagusnya, hubungan begini sering kali dilihat kekal utuh hingga ke hujung nyawa.

Walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan, terpaksa menjaga anak dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ternyata dengan hidup bersama mampu mengatasi pelbagai masalah selain berjaya mewujudkan kesefahaman yang lebih erat.

Berbeza dengan zaman sekarang, suami isteri tinggal berasingan, berjauhan seperti sudah menjadi perkara biasa berikutan pelbagai faktor, yang menentukan kelangsungan hidup, terutamanya kerjaya. Suami di utara, isteri di selatan, hanya cuti hujung minggu dapat mempertemukan mereka.

Banyak faktor yang melingkari kehidupan pasangan muda yang baru berkahwin menyebabkan terpaksa hidup berjauhan antaranya tuntutan pekerjaan masing-masing serta mengukuhkan taraf ekonomi sedia ada. Selain itu, bagi mereka yang sudah mula mengumpul aset seperti membeli rumah, ia juga antara penyebab pasangan itu tidak mahu melepaskan pekerjaan masing-masing dengan gaji lumayan dan langkah yang diambil ialah hidup berjauhan.
Kesimpulannya, ekonomi adalah faktor utama yang menghalang kepada hubungan intim antara suami dan isteri.

Bagi seorang wanita bekerjaya, Nurul Amalina Mohd Bidi, 26, tinggal berjauhan daripada suami tersayang, Mohamad Firdaus Pathi, 26, bukan atas pilihannya, namun disebabkan gagal mendapatkan pekerjaan berdekatan dengan suami.

Keadaan memaksa mereka tidak tinggal bersama selama hampir dua tahun dan hanya mampu melepaskan rindu dendam pada setiap hujung minggu.

"Bukan saya tidak berusaha untuk tinggal bersama suami, tetapi tawaran pekerjaan di Ipoh sangat terbatas berbanding di Kuala Lumpur dan saya sudah mencuba beberapa kali, namun tetap tidak mendapat sebarang keputusan yang positif.

"Suami pernah mencadangkan supaya saya tidak bekerja lagi, tetapi bila difikirkan, waktu ini saya seorang, nanti bila sudah ada anak, banyak perbelanjaan perlu ditanggung dan saya perlu bekerja untuk membantu suami. Zaman sekarang nak cari kerja pun bukannya mudah," katanya.

Dalam hal ini, jelasnya, hati keluarga mentua juga perlu diberi perhatian kerana sebagai orang tua, mereka pastinya mahu yang terbaik dalam rumah tangga anak.

Nurul Amalina beranggapan dirinya bertuah kerana ibu bapanya dan keluarga suami sangat memahami. Paling penting, suami mengerti dan tidak pernah memaksa beliau untuk meninggalkan pekerjaan begitu saja.

Dia yang menetap bersama ibu saudara di ibu kota berkata, selain terpaksa berjauhan dengan suami, masa terhad bersama, banyak juga perkara lain yang perlu diberi perhatian seperti kos pengangkutan, bil telefon, perbelanjaan harian, yang meningkat disebabkan hubungan jarak jauh itu.

"Kadang-kadang bila sakit, saya terpaksa gagahkan diri pergi ke klinik sendirian. Masa itu terbayangkan suami, alangkah bagusnya kalau dia ada dan boleh temankan saya," katanya yang menghabiskan kira-kira 30 peratus daripada gajinya untuk perbelanjaan berkenaan.

Nurul Amalina mengakui walaupun hidup dalam kejauhan, beliau tetap merasakan bahang percintaan. Setiap kali berjumpa suami, seakan bulan madu bagi mereka dan lebih menarik, suami juga kini sudah pandai pandai berdikari, masak sendiri dan melayannya bagaikan puteri.

"Nasihat saya kepada mereka yang mengalami situasi seperti saya ini ialah kita perlu yakin, jujur, setia dan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan serta manfaatkan masa bersama selagi boleh. Satu perkara yang boleh saya kongsi ialah kami jarang bergaduh dan insya-Allah kebahagiaan akan kekal bersama," katanya.

Bagi Khairi Jaafar, 26, seorang guru, hidup berasingan dengan isteri tercinta selama lapan bulan sejak berkahwin menuntut beliau untuk berkorban.

Dia di Seremban dan isteri mengajar di Sabah, katanya, nikmat perkahwinan dan hidup bersama hanya sempat dirasai selama seminggu sebelum terpaksa berjauhan. Hanya telefon menjadi penghubung kepada percintaan mereka.

"Tidak dinafikan, kadang-kadang kami ada juga bergaduh kecil sebab isteri mahu saya sentiasa ada di sisi dia lebih-lebih lagi sekarang ini dia hamil lima bulan. Tetapi tiket kapal terbang mahal, pergi dan balik saja RM500. Saya tak mampu untuk menemuinya setiap minggu.

"Saya terpaksa pujuk isteri dan Alhamdulillah, perlahan-perlahan dia memahami situasi saya. Sekarang ini, dia terpaksa pergi menjalani pemeriksaan kandungan sendiri, dia tidak tahu memandu. Itu yang paling saya risaukan," katanya.

Khairi akan berpindah untuk mengajar di Sabah. Walaupun lokasi berbeza dan perlu mengambil masa kira-kira tiga jam untuk bertemu isteri, dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia kini lebih dekat dengan isteri tercinta.

No comments: