Saturday, 11 June 2011

Raiyan oh Raiyan

Sweet Raiyan eh..

Pande juak berposing..hehehehehehehe

Hari tok hari sabtu...lambat kit bangun tek. Nyaman asa tdo. Hubby paling awal bangun. Aku terbabas subuh....Bangun jak dari tdo aku nangga Haziq tergeler-geler kat lantai lam bilit baju nangga abahnya make baju..apakah cdak duak beranak ya. Nya duak memang selalu berkepit. Aku...pa g ngadap laptoplah jawabnya.

Aku dengar Raiyan pun dah bangun lam bilit. Terkaong-kong ku nunggahnya suh kuar. Mula-mula xmauknya tapi lekaknya nangga Anjang Lakinya trusnya kuar. Aku plan nak ngembak nya jalan g meli nasik lemak. Mauk juaknya ekot.

Masa lam keta Raiyan nanyak ngan hubby "makankah anjang?" Wah..tua ija jak bunyinya bah geram aku masa ya. So aku tukar plan aku mbak nya g mnum trus kat kede. Nang xcited bah Raiyan...eiiii. Nak jadi cita tek, masa aku gago-gago nak bayar n tapau makan pake cdak d umah Raiyan terguguk lam kede ya..Ya Allah..terkejut mena aku tek..trus aku tinggal jak pelayan ya..sian bah aku nangganya. Memang sakit coz mukanya lok kenak lantei simen. Wah...merah n kembang trus dahinya. San asa nyawa aku nangga keadaannya. Trus aku bayar n kamek orang balit.

sebelum pulang aku mbaknya meli ball...nang sukanya nangga ball banyak2 lam bakul kat kede ya tek. Eii...nang aku kesian ngannya. Di umah nya main ball ya mena mena. Ibunya bisin kenak aku meli ball ya. aku madah ball ya tahan lamak. Hehehehehe..yalah Raiyan..anak ya pintar n kamek sekeluarga memang sayang mena2 katnya. Nya lah nyuruh umah riuh rendah. Luv u Raiyan.
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

Friday, 10 June 2011

yeay..yeay..yeay..anakku datang...

Sayang Raiyan ehhh..muahhhh

Bapak aku.....Sayang bapak..

Permata Hatiku...mami miss u 2

hai, syukur alhamdulilah hari tok aku masih bernafas g.

Lamak juak aku xupdate blog aku leka aku gago menghias blog aku tok...sepanjang ari aku n the geng molah blog..mengedit apa yang patut sampe stress palak otak sifu aku iaitu CT Mbem...tapi apapun mak kasih byk2 diucapkan coz tanpanya semuanya xjadi...dan nya memamng penyabar orangnya...yang diajarnya ada yang pande dan ada juak yang paling TUYUKKKK....apakahhhhhh.

So, untuk makluman anak aku akan datang ke Miri jap lagik. Rindu mena aku ngan cdak duak ya...ngan anak buah aku juak. Mak n bapak pun baru sampe dari Johor Bahru. Malam tok aku plan nak celeberate besday anak dara aku n bapak aku juak.

Menu yang aku rancang ialah ikan sebelah masak sweet n sour, sotong masak kicap, sayur baby kailan sos tiram, kari ayam dan buah-buahan..ok x..ya jak yang mampu aku polah. Aku harap anak aku suka dan hepi.

Sebelum nak meli kek tek aku mbak mak g klinik. Nya sakit belakang..mememang sakit jak upanya. Sian nya. So nak jadi cerita aku terlupak madah hubby aku nak meli kek. Aku sebenar nak meli kek kat secret recipe tapi hubby malas nak u turn balit so aku beli kat hot cross bun...ada juak kek oreo cheese..sama juak bah..janji KEK..huhuhuhuhuhhuhuhu.

Syukur alhamdulilah, makan malam tok berjaya aku polah dan tetamu yang datang memang luar jangka...licin makanan yang aku masak..nang nyemlah....wah...muji dirik pun. Pa pun SELAMAT HARI JADI BUAT BAPAK TERSAYANG N ANAK KESAYANGANKU..SEMOGA KTK DUAK MURAH REZEKI DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK...AMIN.
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

Kasih seorang Adik

Ada suatu kisah.....aku cuma ada seorg adik. lelaki & usianya 3 thn lebih muda drpd aku. suatu hari, utk mendapatkan sehelai sapu tangan yg menjadi kesukaan anak gadis ketika , aku mengambil 50 sen dari poket seluar ayah. petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. aku mengeletar melihat rotan panjang sedepa di tgn ayah. "siapa ambil duit ayah!!?" tanya ayah bagai singa lapar. aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. kedua-dua kami menbisu, cuma tunduk memandang lantai. "baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan utk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. tiba2, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "saya yang ambil!" belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkap kata-kata itu, hayunan & balunan silih berganti mengentam tubuh adik. aku gamam, lidah kelu utk bersuara. walau perit menahan sakit, setitis airmata adik tak tumpah. setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. "kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri, apakah lagi perbuatan kamu yg akan memalukan ayah diluar kelak?"

Malam itu emak & aku tak lepas-lepas mendakap adik. belakangnya yg berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. namun adik cukup tabah. setitis airmatanya tidak mengiringi kesakitan yg mencucuk-cucuk. melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikapku yg takut berkata benar. adik segera menutup mulutku dgn kedua-dua tangannya lalu berkata, "janganlah menangis kak, semuanya dah berlalu". aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun silih berganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.. aku terdengar ayah berkata, "zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. abang bangga sekali" "tapi apa maknanya bang...." aku terdengar ibu teresak-esak. "dimana kita nak cari duit utk membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. dia berdiri di depan ayah dan ibu. "ayah, saya tidak mahu bersekolah lagi!" perlahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelikatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. panggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.

Sepert biasa yg mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "kenapa kamu ini? tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "org lelaki kena bersekolah. kalau tak, dia takkan dpt membawa keluarganya keluar dari kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yg bengkak. "kakak perempuan....biarlah kakak yg berhenti."

Tiada siapa yg menyangka, dinihari itu adik tiada di biliknya. dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yg dia ada. di atas pangkin tempat dia melelapkan mata, terdapat sehelai kertas yg tercatat..."kak...utk dpt peluang ke universiti bukan mudah. saya akan cari kerja dan akan kirim wang buat akak". apa lagi yang aku tahu selain meraung. ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. begitu juga emak yang menggunakan air matanya untuk memujuk kekecewaan ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "ada pemuda kampung tunggu kau kat luar" "pemuda kampung?" bisikku. "siapa?" tergesa-gesa aku keluar dari bilik. dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yg dipenuhi lumpur dan simen. "kenapa sebut org kampung, sebutlah adik yg dtg" sambil dia tersenyum dia menjawab, "akak lihatlah pakaian adik ni, apa yg akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. aku cukup tersentuh. tanpa sedar, air jernih mengalir dipipi. aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar atau tidak, aku bersuara,"akak tidak peduli apa kata org lain. "dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak". aku kaku. sepatah kata tak terucap. aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tidak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sememtara menunggu konvokesyen. aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik". "adik kamu yang bersihkan. dia pulang kelmarin. habis tangannya luka-luka." aku menerpa ke biliknya. cantik senyum adik. "sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "tak...kak tahu tak, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk berkerja keras kak".

Apalagi...aku menangis seperti selalu. aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. suamiku seorang usahawan menawarkan kerja pengurus kepada adik. "kalau adik terima jawatan itu, apa kata orang lain?" kata adik. "adik takde pelajaran. biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada". "adik tak sekolah pun kerana akak". kata ku memujuk. "kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. adik terus tinggal di kampung dan berkerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "siapakah orang yang paling disayanginya?" spontan adik menjawab, "selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. suatu hari tapak kasut saya tertanggal. melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka sebelah kasutnya dan memberikanya kepada saya. dia berjalan dengan sebelah kasut sampai di rumah saya lihat kakinya calar balar sebab berdarah sebab tertikan tunggul dan batu kerikil". "sejak itu lah saya berjanji pada diri sendiri, saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila". sebaik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sunguh sambil air mataku bercucuran membasahi bajunya.....

Tuesday, 7 June 2011

BUAT TATAPAN SUAMI TERSAYANG.....

Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah....dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah,lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci. Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam.lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat
isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas.
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja
yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA
SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau
mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

Sunday, 5 June 2011

JIJOT O JIJOT....

Aku, Masniah N Jijot

Assalamualaikum..

Hari tok dah seminggu anak-anak kat Bintulu. Boring ada juak asa tok coz di umah kmk duak jak. Me Amor mcm stress jak...selalunya berkepit ngan Haziq...sian juak nangganya. Aku seperti biasa mengadap laptop jak mun xda keja nak d polah. Sampe hubby madah "kawin jak ktk ngan laptop ktk ya" wah...dia sudah marah..Ari tok aku d rumah jak walaupun ari tok ari minggu..malas mauk kuar coz cuaca d luar ya panas jak tapi petang tek aku kuar juak ngabas kawan ( Hajijah Bahtiar-PM TBK ). Nya sakit n nya akan di bedah pada hari selasa tok..yapun bergantung ngan keadaan kesihatannya.

Aku nak kongsi cita sal Jijah @ Jijot. Nya memang ngidap sakit iaitu kanser perut tahap 3. Tapi aku tabik ngannya, walaupun nya sakit tapi nya xmauk nunjuknya sakit. Aku selalu nanyak kabar nya dan nya selalu ceria bila aku call. Selalu nya madah "KAMEK OK JAK KAK". Aku nang terharu mun nya madah kedak ya. Nang kuat semangat anak ya. Tadik pun nya masih ceria walaupun keadaannya agak lemah juak dan pucat jak mukannya. Sempat g nya madah nya nak nulis RAH nya kat hospital. Aku padah xboh gago, rehat jak. Nya masih juak degil n aku padah mun dah rajin gilak polah trus ABM kat sia. Nyamannya tetak tek. Teribo juak ati aku nangga olahnya tek.Jaik ati aku nangganya tapi aku xmauk nunjuk coz aku nak merik semangat ngannya agar nya dapat melawan sakitnya ya.

So aku bercadang nak molah sembahyang hajat dan bacaan yassin untuknya. Esok aku nak discus ngan Masniah pasal tok. Aku harap, dengan cara tok dapat meringgankan beban sakitnya. Kepada kawan-kawan aku, sama-samalah kita berdoa agar Hajijah sihat macam dolok. Aku masih mengharap nya sihat macam dolok-dolok. Nya baru jak kehilangan bapa..masih baru g. Tapi alhamdulilah nya dapat terima Qada dan Qadar. Yalah HAJIJAH BINTI BAHTIAR....walaupun nya sakit tapi semangatnya kuat...LUV U JOT.
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

HADIS NABI SAW

Assalamualaikum....

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W sabdanya:

Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.

Jazakallahu Khairan

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/07/apa-ertinya-kawan.html#ixzz1OMwGwdPi

Friday, 3 June 2011

MY HERO

Hai, aku nak berkongsi rasa jak ngan ktk org, bukan nak ngeso pun. Tok semuanya dari hati nubari aku sendirik.

Toklah sayang aku, walaupun kamek duak dah 18 tahun idup bersama tapi cinta dan kasih sayang kamek duak masih hangat lagik...anak kmk duak pun dah besar..sorang dah 16 tahun dan sorang 12 tahun. Cinta kamek duak tetap teguh walaupun banyak dugaan dan rintangan sepanjang kamek org bersama. Alhamdulilah segala yang terjadi dan berlaku sebelum tok sentiasa menjadi pengajaran dan peringatan pada aku dan diriknya juak.

Kamek duak sentiasa berdoa agar hubungan suami isteri kmk duak berkekalan hingga ke akhir hayat. Kamek duak mauk idup bersama sampe ke syurga. Amin....doakan kamek duak k..Aku pun sentiasa berdoa agar hubungan suami isteri adik beradik dan kawan-kawan aku kekal hingga ke akhir hayat. Aku pun berharap biar kamek duak mati idup bersama.

Sedangkan lidah lagikan tergigit macam yalah ngan kamek duak tapi alhamdulilah kamek duak dapat harungi dan menyettelkan perkara ya dengan cara yang terbaik. Syukur alhamdulilah...

Oklah ya ajak untuk perkongsian bersama ari tok k....jumpa agik k.
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

PERINGATAN BUAT KAUM WANITA

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW. "Siapa yang dipintu itu?" Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah". Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?" Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya
dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan
mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan
yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat
dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan
minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam
lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan
buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah
zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan
apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)
segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan
keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan
ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan
daripada pihak bawahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat
oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan
ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas
badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan
ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan
darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal
keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam
hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar
(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke
belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;
dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti
kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu
beribu-ribu warna daripada azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka
itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api}
daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan
kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa
mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan
berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih
otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup
rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa
sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya
dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka
sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang
lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di
dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia
keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya
dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka
bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan
tiada memperhiasi bagi suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua
susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan
kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci
badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas
dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli
dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa
sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya
hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil
daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi
dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat
mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke
dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa
sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia
(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki
mendengki

TAHAN MARAH

Nabi bersabda, “Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)

Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi bersabda: "Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

Thursday, 2 June 2011

KASIH YANG SUCI

Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua....

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.....saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu manknya saling memberi dan menerima
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

Wednesday, 1 June 2011

MAKSIAT BATIN

Antara maksiat batin itu seperti:

1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.

3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.

4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.

5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
• Bercakap banyak
• Suka marah-marah
• Berhasad dengki
• Bakhil
• Suka bermegah-megah
• Sombong dan takbur dengan diri sendiri
• Cintakan dunia
• Suka memfitnah
• Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
• Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.

Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.

Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.

Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluarganya."
(Hadith riwayat al-Tirmizi)

Itulah harga sebuah rumahtangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar "AKU TERIMA NIKAHNYA" adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.

Cinta melahirkan manusia.

Tuesday, 31 May 2011

63 Petua Untuk Bahagia

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

SOMBONG DAN TAKBUR

SOMBONG atau takbur (takabbur) adalah sifat hati yang terkeji (madzmumi) dan merupakan satu daripada penyakit hati yang membawa akibat kebinasaan diri.

Pengertian tentang takbur dapat difahami daripada maksud beberapa hadis yang berikut :

· Rasulullah bersabda, "Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain". (HR. Muslim).

· Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar : "Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu".

· Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan Sahabat, "Tahukah kamu, orang gila yang sebenar-benarnya?" Para Sahabat menjawab, "Tidak tahu, ya Rasulullah". Lalu Rasulullah menjelaskan, "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya".

Berdasarkan kisah di dalam al-Qur’an, makhluk yang pertama yang diserang dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la’natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya
lebih mulia daripada Adam. Katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" (QS 7:12).

Iblis lalu dilaknati oleh Allah swt kerana sifat degil dan takburnya itu. Sekurang-kurangnya dua akibat kecelakaan yang menimpa Iblis kerana ketakburnya :

· Pertama, ia dimasukkan ke dalam golongan kafir. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Ia (Iblis) enggan dan menyombong diri (takabbur) dan ia termasuk golongan yang kafir (QS 2:34).

· Kedua, ia dimasukkan ke dalam golongan orang yang terhina dan tidak layak tinggal di syurga. Allah berfirman, mafhumnya : Turunlah engkau dari syurga itu kerana tidak patut (tidak layak) bagimu menyombong diri di dalamnya, maka keluarlah. Sesungguhnya engkau
termasuk orang-orang yang hina. (QS 7:13).

Sifat takbur itu yang dapat dikesan daripada tutur kata dan perlakuan zahir itu berpunca daripada lintasan hati yang mengandungi rasa tinggi atau besar diri di samping merendahkan mertabat orang lain atau menolak kebenaran.

Mengikut Abu Yazid: "Seorang hamba itu selama masih mempunyai sangkaan, bahwa antara makhluk ada orang yg lebih buruk atau lebih jahat amalannya daripada dirinya sendiri, maka orang itu bersifat takbur". Lalu Abu Yazid ditanya, "Bilakah seseorang itu dapat disebut sebagai tawadhuk?" Abu Yazid menjawab, "manakala ia tidak tahu bagaimana kedudukan serta keadaan dirinya sendiri".

Lawan sifat takbur itu ialah tawaduk (tawadhdhuk atau dhi'ah), iaitu lintasan rasa rendah dan hina diri, termasuk pernyataan perbuatan dan lisan. Dengan menyuburkan sifat dan sikap merendah diri dan pasrah kepada Allah, seseorang akan dapat mencegah penyakit takbur dan juga ujub.

Tawaduk itu adalah sifat hati yang terpuji (mahmudi). Sifat ini membawa kemuliaan. Orang yang berkenaan akan mendapat kedudukan (darjat) yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda, mafhumnya : Allah tidak akan memberi tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf kecuali kemulian, dan tiada seorang pun yang merendahkan diri kerana mengharapkan keridhaan Allah kecuali Allah akan memberi tingkat yang tinggi kepadanya (HR. Muslim).

Takabur dan tawaduk masing-masing ada kalanya bersifat umum dan ada kalanya bersifat khusus.

Orang yang merasakan tidak memadai dengan kerendahan atau kesederhanaan hidupnya dikatakan terjatuh ke dalam Takbur Umum. Sebaliknya, orang yang merasakan sudah berpada dengan keperluan hidup sekadar yang ada, walaupun yang rendah atau sederhana mutunya, dia termasuk dalam tawaduk umum.

Adapun Takbur Khusus bersifat tertutup, tidak mahu menerima, malah tidak bersedia untuk menerima kebenaran daripada orang lain.

Lawannya ialah Tawaduk Khusus yang bersifat terbuka, sentiasa melatih diri untuk menerima kebenaran tanpa mengira sama ada orang yang membawa kebenaran itu hina atau mulia. Untuk mempertahankan tawaduk umum, kita hendaklah sentiasa ingat pengalaman pahit yang pernah menimpa diri kita sejak mula dilahirkan dan sentiasa menginsafi diri kita sebagai hamba Allah, sekurang-kurangnya sebagaimana yang dikatakan oleh ulamak: "Asal kamu daripada setitik mani (nuthfah) yang hanyir. Akhir kamu menjadi bangkai (mayat) yang busuk. Dan, diantara keduanya, sepanjang hayat, kamu menanggung kekotoran (najis) di dalam perut kamu".

Untuk mempertahan tawaduk khusus pula kita hendaklah sentiasa mengingati seksaan Allah Taala sebagai pembalasan, sekiranya kita menyeleweng daripada kebenaran dan berpanjangan di dalam kebatilan.

Berbeza dengan sifat-sifat hati lain yang hanya mencederakan amal ibadat dan memudaratkan perkara "cabang" sahaja dalam agama, takbur memudaratkan perkara "pokok", mencederakan agama dan akidah.

Sekurang-kurangnya takbur mengakibatkan empat kebinasaan:

· terhalang daripada mendapat sebarang kebenaran dan buta mata hati dalam makrifat terhadap ayat-ayat yang mengandungi pengertian tentang hukum dan hikmat Allah. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Aku akan memalingkan mereka dari ayat-ayat-Ku orang yang menyombongkan dirinya (takbur) di muka bumi tanpa alasan yang benar. (QS 7:146) Demikianlah Allah menguncikan hati setiap orang yang takbur lagi sewenang-wenang. (QS 40:35)

· dimurkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya (takbur). (QS 16:23) Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, "Hai, Tuhanku. Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?". Allah Taala berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya".

· mendapat kehinaan dan deraan di dunia sebelum di akhirat. Bermadah Khatimul-Asham, "Jauhkan dirimu daripada mati dalam tiga keadaan, iaitu takbur, loba (tamak) dan ujub. Sesungguhnya, orang yang takbur itu tidak dikeluarkan oleh Allah Taala dari dunia sehingga dia diperlihatkan dulu penghinaan ke atasnya kepada sekurang-kurangnya keluarganya sendiri. Orang yang loba tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah merasa amat memerlukan secebis roti dan seteguk air kerana terlalu lapar dan dahaga tetapi tak lalu ditelannya. Dan, orang yang ujub juga tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah diperlihatkan dirinya bergelumang dengan air kencing dan tahinya sendiri". Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda : "Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah Ta'ala".

· diseksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya: Kebesaran itu selindang-Ku dan 'adzmat (keagungan) itu kainku. Sesiapa merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka Jahannam.
Rasulullah bersabda : "Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takbur" (HR. Muslim).
Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda : "Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya".

Biasanya faktor yang menimbulkan rasa takbur di hati seseorang itu ialah sesuatu kelebihan atau keistimewaan yang dimilikinya. Banyak faktornya. Antaranya sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam al-Ghazali, iaitu : Ilmu, ibadah / amal, keturunan, kejelitaan atau ketampanan rupa paras, kekayaan harta benda, kekuasaan / kekuatan dan ramai pengikut / kaum keluarga.

Demikianlah, memang sudah jelas sekali, sebagaimana yang telah pun berlaku. Iblis menjadi takbur kerana faktor keturunannya (asal kejadiannya), Fir'aun kerana kekuaasaannya dan Qarun kerana hartanya.

Jadi, sesiapa yang memiliki kelebihan atau keistimewaan dalam hal-hal yang tersebut, hendaklah berhati-hati agar tidak terhanyut di lautan ghaflah atau menjadi lupa daratan sehingga hatinya dihinggapi penyakit takbur.

Wallahu a'lam.

Bosan + Rindu

Assalamualaikum...pa kabar ktk org tek? Aku, mcm biasa jak makin sihat. Berapa ari tok aku asa borink coz anak2 xda kat umah. Terasa mun cdak xda. Mun cdak ada, ada juak pake kelaie. Hari tok mak n bapak k Johor Bahru, ngabas man kat cnun...rindu juak ngan cdak semua..lamak dah aku xjumpa cdak anak beranak. Mulai malam tok tinggallah kmk duak hubby kat umah. Untuk esok, aku lom ada plan g....malas mauk pikir. Sebenarnya aku suka lepak2 kat umah jak..boleh layan FB mun x pun aku create slide show aku pun..maklumlah dah terro dah kinek tok walaupun lom brapa xpert. Kalau nak nangga hasil kerja aku boleh tangga lam FB...aku dh upload video aku ya.

Oklah, ya jak untuk petang tok, aku tok jenis malas nak beloya lamak2..mudah lejuk. Kepada kekawan yang akan balik kampung...Selamat Balik Kampung & Selamat Hari Gawai k...bye..luv u olls

Monday, 30 May 2011

Rendahkan diri
Reactions:

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' sebahagian ayat 36)

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa Allah Maha Besar.

Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Orang yang rendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah, Allah akan tinggikannya darjatnya." (Hadis riwayat Muslim)
http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

Sunday, 29 May 2011

Aku, Mbem N Uting........cayang eh

http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png

Aku.......fashion terkini aku....gaya aku yang tersendiri

Aku dengan gaya terbaru....ada yang suka nangga dan ada yang sik suka nangga gaya aku kinek tok...aku malas nak pikir apa-apa janji aku suka jak n janji aku x kaco idup org.

Penyakit Rohani Yang Mengancam Kemurnian

PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.
"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan"
Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.
Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)

Monday, 2 May 2011

My Best Fren 4 Ever

So aku mula perkenal ngan kawan2 aku...

CT @ Mbem.....aku syg nya..nyalah kwn sejati. walaupun olahnya kadangkala menyakitkan ati tapi nya bait ati...aku asa susah mauk cari kwn mcm nya tok. Olahnya tok sot2 kit tapi aku selesa berkawan ngannya..kmk duak penah lalui susah senang bersama...yalah aku xpat nak lupak persahabatan aku ngannya walaupun kadangkala ati aku sakit kenak nya...nya tok pande ambik ati. Kinek tok kmk org agak renggang kit maybe masin2 gago ngan keja g pun nya selalu dh ke bekenu...nya tok juaklah paling rapat ngan Yati...bertengkar selalu berbunuh jak x...aku pun xtauk apa masalah cdak 2 tok...aku harap cdak 2 dpt settle problem cdak dgn cara bgs jak...Ct mmg bait..nya x berkira ngan kwn2 nya...aku harap satu hari kelak olahnya akan berubah dan lebih bait dari org yg penah ngutuk n nganoknya..amin..CT kmk syg ktk.....

Diah @ Ayu......ompuan toklah perasan xabis...otaknya pun ada sot2 kit..hahahahahha...tapinya bait. Nya toklah masa g single...seorang ROCK NEVER DIE..hehehehehe..cali kisah idupnya tok malas mauk cita....Diah walaupun kadangkala berangin kit tapi nya seorang kawan yg bait..nya boleh simpan rahsia n sporting....sama mcm CT...Kmk duak pun penah lalui suka duka bersama...

Lin @ Uting....tedahnya tok apa2 jak org ngelarnya ok jaknya. Nya tok walaupun bukan islam tapi nya tauk reti...dolok kmk org seopis tapi kinek tok nya dh d department lain tapi org masih bercontact. slalu juak kuar minum sama2.

Tok diantara kawan2 aku yg rapat ngan aku....pada cdak semua..aku syg ngan ktk org...aku harap persahabatan tok berkekalan hingga akhir hayat. Amin